Saiz Lori Sewa untuk Pindah Rumah

Share On: 

Pening nak pilih lori saiz apa yang sesuai untuk pindah nanti kan? 1 tan, 3 tan atau 5 tan?

 

Rileks. Artikel ni akan tolong korang dalam memilih saiz lori yang bersesuaian dengan keperlukan korang masa pindah rumah nanti.

 

Lepas selesai baca artikel ni, korang akan tahu korang patut sewa lori 1 tan, 3 tan ataupun 5 tan. So, bacalah sampai habis supaya korang tak rugi atau sewa lori yang terlebih dari yang korang patut!

 

Sebelum kita teruskan untuk tahu tips memilih lori sewa, jom kita tengok jenis-jenis lori yang ada.

 

Saiz lori yang kitorang ada;

 

Lori 1 Tan

Saiz Lori Sewa 1 Tan

 

Lori 3 Tan

 Saiz Lori 3 Tan

 

Lori 5 Tan

Saiz Lori 5 Tan

 

Untuk lori saiz 1 tan, berat lori yang dibenarkan adalah 1,000 KG. Manakala untuk 3 tan adalah 3,000 dan seterusnya untuk 5 tan.

 

Disebabkan limit berat diatas, tak semua jenis pindah boleh ambil lori 1 tan, bergantung kepada jumlah barang korang jugak.

 

Untuk ukuran pula, boleh tengok table dibawah;

 

Jenis Saiz Ruangan Pengangkutan (kaki/ft) (P)x(L)x(T)
Lori 1 tan 9 x 5 x 5
Lori 3 tan 14 x 7’2 inci x 7
Lori 5 tan 16.5 x 7’2 inci x 7

 

Ok, sekarang kita dah tau spesifikasi dan saiz lori sewa. Apa perlu kita buat sekarang? 

 

Ukur Barang Yang Nak Dipindahkan

 

Dapatkan pita pengukur (macam ni) dan ukurkan ukur semua perabot besar seperti tilam, katil, almari, sofa, peti ais, dan mesin basuh.

 

Setelah selesai ukur, tambahkan semua untuk dapatkan jumlah ruang yang diperlukan. Ingat, korang kena kira ni dalam kaki (feet), kalau pita pengukur korang hanya millimetre (mm) dan centimetre (cm) sahaja, tukarkan ke unit kaki dengan gunakan kalkulator ni.

 

Daripada korang pening kepala nak ukur dan kira-kira saiz, tangkapkan semua gambar yang korang nak pindahkan dan whatsapp je kitorang. Nasihat professional adalah PERCUMA!

 

Selain tu, korang juga boleh bertanya apa-apa yang korang nak.

Nak sewa lori di Kuala Lumpur atau Selangor?

Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami bila-bila masa sahaja untuk apa-apa soalan yang anda ada.

Ingat! Pertanyaan adalah PERCUMA! :)