5 Cara Jaga Barang Semasa Pindah Rumah

Share On: 

Pindah rumah memang aktiviti yang memenatkan dan juga mencabar. Tambah-tambah lagi untuk orang yang pertama kali nak pindah atau jarang pindah. Pelbagai info atau tips pindah yang diorang tak tahu.

 

Risiko barang rosak dan macam-macam lagi memang ada semasa pindah. Tanpa ilmu yang betul, macam-macam boleh jadi.

 

Sini, kami akan sharekan 5 tips pindah rumah tanpa merosakkan barang anda.

1. Labelkan Semuanya

Ni tips paling penting. Semasa sibuk pindah rumah, barang-barang boleh tersalah letak dan terlupa di mana anda letak. Mungkin barang dapur ada di dalam bilik tidur dan sebaliknya. Ini akan membazirkan banyak masa untuk anda cari.

 

Selain tu, melabelkan barang mencepatkan proses pemindah rumah atau anda sendiri untuk turunkan barang dan susun.

 

Jadi, label setiap kotak dan barang anda untuk jimatkan masa!

2. Balut Barang Anda!

Barang berharga anda perlu dibalut sebelum di pindah. Ini untuk mengurangkan hentakan dan lebih teruk lagi, calar balar pada barang tersebut.

 

Ambil sedikit masa dan balut cawan, pinggan, dan barang-barang lain dengan bahan yang betul (bubble wrap, plastik,etc) untuk mengelakkan anda stress dengan barang pecah bila anda pindah ke rumah baru. 

 

Selepas dah balut dengan elok, labelkan dan letak di dalam kotak atau sebagainya. Dalam kotak tu pon letak surat khabar atau span untuk serap hentakan!

3. Ambil Servis Pindah Rumah Professional

Ambil khidmat pakar pindah rumah ataupun lori sewa akan membantu anda pindah rumah tanpa pening kepala dan rasa letih!

 

Bukan sahaja barang anda akan terjaga, anda juga boleh fokus kepada perkara lebih penting, seperti uruskan keluarga anda atau jaga kebersihan rumah semasa proses pindah tu.

 

Selain tu, anda juga tak perlu risau barang rosak, kereta anda tercalar atau terlebih beban semasa proses pindah!

 

Kami di Malik Movers boleh bantu anda. Boleh lihat kawasan kami beroperasi.

4. Susun Kotak Anda

Selain melabel barang atau kotak anda, susunan kotak juga memainkan peranan penting.

 

Ini akan memudahkan anda semasa proses di rumah lama dan juga semasa menyusun barang di rumah baru. 

 

Selain itu, letakkan kotak-kotak di bahagian yang sepatutnya akan menjimatkan masa anda yang sangat banyak. Tak perlu berjalan jauh atau tercari-cari di mana kotak untuk ruang tamu atau bilik tidur anda.

5. Rekod Setiap Barang Anda!

Anda perlu menjamin setiap barang yang anda nak pindahkan tu ada. Takut kalau tertinggal atau tersalah letak di mana-mana.

 

Selain menjamin pemindahan yang lancar, ia juga penting jika anda mengambil khidmat pindah rumah yang tak diyakini. Takot barang anda dicuri!

 

Lagi satu, ia memudahkan anda untuk claim di pihak pemindah jika berlaku apa-apa.

Dengan MalikMovers, anda tak perlu risau, kami akan jaga barang anda dengan baik dari proses ambil, hantar dan susun di destinasi anda. 

Nak sewa lori di Kuala Lumpur atau Selangor?

Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami bila-bila masa sahaja untuk apa-apa soalan yang anda ada.

Ingat! Pertanyaan adalah PERCUMA! :)