Lori Sewa Murah, Patut Ke Ambik ?

Share On: 

Kalau tengok di Google, memang senang nak jumpa harga lori sewa yang murah. Ada yang serendah RM80! Tapi betul ke boleh dapat semurah ini untuk servis pindah rumah yang memerlukan modal dan tenaga yang banyak ni?

 

Sebenarnya, ini adalah satu marketing strategy syarikat sewa lori ni. Ia untuk menarik perhatian orang untuk klik di link atau offer diorang. Biasanya, mereka akan naikkan harga selepas berbincang dengan customer dan tambah bermacam jenis servis. Macam AirAsia. Nak murah, dapat tak berkualiti 😛

 

Anda boleh ambil servis pindah barang yang murah, tetapi, adakah ia berbaloi dan selamat? Selain bersedia untuk pindah rumah, anda juga perlu ambil kira keselamatan barang anda.

 

Tarikan Lori Sewa Pindah Rumah Murah

 

Tak dinafikan, harga menjadi tarikan dan faktor utama bila mencari lori sewa untuk pindah rumah. Ini kerana, banyak kos dah keluar untuk cari rumah baru dan mungkin mencari barang baru untuk rumah.

 

Kos yang rendah mungkin nampak menarik, tambah-tambah lagi bila kita dalam bajet yang ketat. Tetapi ingat, ini mungkin adalah jerat yang akan membahayakan anda.

 

Mungkin harga yang dipersetujui awal-awal adalah agak menarik, tetapi macam-macam taktik licik yang anda boleh terkena. 

 

Kos tersembunyi seperti minyak, tol, jarak pindah, dan insurans mungkin akan menyebabkan harga jadi lebih tinggi dari lori sewa yang lain!

 

Selain tu, kondisi lori sewa murah ni juga menjadi persoalan. Adakah ia selamat untuk barang-barang anda? Adakah ia terjamin dari kerosakan semasa memindahkan barang anda? Ia akan memberi impak dari segi kos dan juga masa kepada anda,walaupun kerosakan lori bukan dalam kos anda.

 

Review Sewa Lori Murah

 

Kami juga ada menjalankan kajian ke syarikat-syarikat yang jalankan khidmat lori sewa pindah rumah dengan harga yang tak masuk akal ni. Terbukti, memang menyusahkan customer.

 

Bawah ini adalah beberapa feedback dari customer mereka sendiri yang kami dapati dari Google Reviews.

Review Lori Sewa

 

Review Lori Sewa Murah

 

Review Sewa Lori

 

Review Lori Sewa Pindah Rumah

 

Kenapa kena pilih lori sewa yang professional?

 

Banyak sebab kenapa anda perlu cari pemindah rumah yang professional. Apabila anda dapatkan servis dari pakar, seperti MalikMovers, anda akan dapat lebih banyak hasil dari pengalaman dan ilmu yang kitorang ada. 

 

Pasukan profesional dan berdedikasi kami akan memastikan pengambilan dan pemunggahan barang-barang anda dilakukan dengan cepat, cekap dan selamat. Selain itu, lori kami juga sentiasa dalam kondisi yang baik. 

 

Selain itu, harga lori sewa yang dipersetujui juga adalah muktamad tanpa tambahan ekstra atau ada hidden charges kepada anda. 

 

Dengan kami, anda akan dapat harga yang dipersetujui dulu sebelum proses pindah rumah bermula. Selain itu, kami juga akan memberi anda kualiti yang terbaik, setimpal dengan harga yang kami beri untuk pindahkan barang anda.

 

Harga Lori Sewa

 

Berapa sepatutnya harga lori sewa 1 tan yang bersesuaian? Banyak faktor yang memainkan peranan untuk pengiraan harga sewa lori untuk pindah rumah ni. 

 

Antara faktor yang perlu dikira;

  • Jarak pindah barang. Lagi jauh jaraknya, lagi mahal.
  • Jumlah pekerja diperlukan. Ada yang cukup dengan 2 orang pekerja sahaja. Tetapi, ada beberapa kes, perlu lebih dari itu. So, itu akan menambah kos.
  • Jumlah trip yang diperlukan. Ini memainkan peranan kalau anda ada banyak barang yang perlu dipindahkan. Trip tambahan ni penting untuk menjamin keselamatan barang semasa pindah, supaya lori tak terlalu penuh dan barang anda tak berhimpit. Bukan saja-saja ye! 😛

 

Dengan kami, anda boleh dapatkan harga sewa lori pindah rumah yang tetap dan terjamin masa dalam perbincangan. Hanya berikan gambar barang yang anda nak pindahkan dan tempat, kami akan berikan harga yang tetap untuk anda.

 

Jangan risau, kami akan fikirkan keselamatan poket anda dan juga barang-barang anda. Jom dapatkan khidmat nasihat dari kami secara PERCUMA!

Nak sewa lori di Kuala Lumpur atau Selangor?

Hubungi kami sekarang!

Hubungi kami bila-bila masa sahaja untuk apa-apa soalan yang anda ada.

Ingat! Pertanyaan adalah PERCUMA! :)